fbpx

Aksi terakhir Everton di Goodison Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVERTON mahukan kemenangan sebagai simbolik perpisahan terbaik kepada Goodison Park menentang Southampton malam ini. - AFP

LIVERPOOL – Everton menggalas misi wajib menang ke atas Southampton menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan berlangsung di Goodison Park malam ini.

Ia sebagai tanda penghormatan memandangkan The Toffees akan mengucapkan selamat tinggal kepada gelanggang keramat itu sebelum berpindah ke ‘rumah’ baharu, Stadium Bramley-Dock bermula musim depan.

Pengurus Everton, David Moyes berkata, beliau tidak boleh menerima mana-mana keputusan selain tiga mata kerana menganggap aksi perpisahan itu merupakan perlawanan terbesar Everton pada musim ini.

“Saya tidak boleh menerima sama ada kalah ataupun seri kerana kami wajib menang perlawanan tersebut. Saya juga sudah beritahu kepada semua pemain bahawa ini adalah perlawanan paling besar untuk kami.

“Legenda-legenda pasukan ini juga akan berada di stadium bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Kami perlu memberikan segala-galanya kerana ia akan menjadi satu sejarah buat pasukan,” katanya.

Tambah beliau, perlawanan itu nanti pastinya akan penuh beremosi memandangkan mereka bakal meninggalkan gelanggang yang sudah digunakan sejak 1892 itu, namun ia masih akan digunakan oleh pasukan wanita.

“Ia akan menjadi satu perlawanan yang emosi kerana saya tahu betapa pentingnya Goodison Park kepada komuniti di sini. Kami akan cuba menjadikan stadium baharu nanti sama seperti Goodison,” ujar Moyes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI