fbpx

25 maut puting beliung badai 2 negeri AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah rosak akibat puting beliung di London, Kentucky semalam. - Foto AFP

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya 25 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas puting beliung melanda dua negeri Amerika Syarikat (AS), lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Pegawai-pegawai di negeri Kentucky berkata, terdapat 18 kematian, manakala tujuh orang terbunuh di Missouri termasuk lima di bandar St Louis.

Puting beliung melanda daerah Laurel, tenggara Kentucky pada awal pagi semalam dan pegawai-pegawai berkata, mereka menjangkakan jumlah kematian akan meningkat.

Pegawai-pegawai di negeri Missouri berkata, sebanyak 5,000 bangunan rosak, bumbung musnah dan talian elektrik terputus akibat puting beliung.

Kira-kira 140,000 hartanah di Missouri dan Kentucky terputus bekalan elektrik setakat semalam. 

Pegawai-pegawai di bandar St Louis berkata, pihak bomba sedang melakukan usaha pencarian dari rumah ke rumah di kawasan yang paling teruk terjejas.

Datuk Bandar St Louis, Cara Spencer berkata, sekurang-kurangnya 38 orang dilaporkan cedera di kawasannya, sebahagian besarnya akibat bangunan runtuh dan pokok tumbang.

Pihak berkuasa di Kentucky berkata, terdapat juga laporan tentang kecederaan parah. 

“Pencarian diteruskan di kawasan yang rosak untuk mencari mangsa yang terselamat,” kata Syerif Daerah Laurel, John Root dalam catatan di media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI