SELEPAS Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein dan Datuk Adi Putra, kini giliran Rusdi Ramli pula dicerca masyarakat.
Bukan kerana melakukan perkara tidak senonoh sebaliknya lakonan Rusdi dalam drama Viu Original iaitu Pabila Dia Tersenyum membuatkan ramai membencinya.
Menurut peminat setia drama tersebut, kebencian terhadap watak Datuk Zulkifli lakonan Rusdi membuak-buak disebabkan karakter suami panas baran dan lelaki hidung belang.
Bahkan, ada juga berpendapat tanggapan lelaki baik yang sering dipaparkan Rusdi dalam drama lakonannya sebelum ini berkecai disebabkan watak Datuk Zulkifli.
“Ini memang musim hero pujaan ramai wanita jadi jahat ke? Semua buat orang naik darah.
“Walid dan Iman dah kena tangkap, kali ini muncul Rusdi pula bagi darah tinggi.
“Kenapa semua hero Malaya dijahatkan?” kata netizen.