fbpx
BARISAN pemain B-16 negara berlepas ke Switzerland menghadapi Kejohanan Siri Remaja FIFA kelmarin. - FAM

Skuad B-16 sedia timba pengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGURUS skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Datuk Dollah Salleh tidak mahu meletakkan sebarang tekanan buat pemain dan lebih selesa memberi peluang kepada pemain menikmati setiap detik sepanjang Kejohanan Siri Remaja Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2025.

Bagaimanapun, Dollah yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap kehadiran mereka ke Zurich, Switzerland bukannya sekadar bercuti tetapi mahu mara sejauh mungkin.

“Saya sudah ikuti latihan sejak hari pertama mereka lapor diri dan dapat lihat peningkatan. Ini cabaran kerana akan bermain pasukan berkelas dunia dan saya percaya mereka mampu lakukan dengan baik.

“Sukar tetapi saya percaya kita boleh pergi sejauh mungkin kerana saya dapat lihat semangat mereka. Inilah pelapis dan masa depan kita, jadi kehadiran di sana bukan saja-saja tetapi kita mahu beri impak,” katanya.

Jurulatih skuad B-16 tahun negara, Javier Jorda Ribera sebelum ini merasakan mereka kali ini dibarisi pemain terbaik dan sudah bersedia untuk bersaing dengan pasukan-pasukan ternama nanti.

Sebagai rekod, Kejohanan Siri Remaja FIFA disertai enam pasukan B-16 mewakili setiap satu dari enam benua konfederasi FIFA dan skuad negara dalam Kumpulan B bersama Tunisia serta Paraguay, manakala Kumpulan A menyaksikan Switzerland, New Zealand dan Guatemala.

Pasukan yang berada di tempat teratas setiap kumpulan akan berentap membuat perhitungan bagi penentuan juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI