fbpx

Pendaki India, Filipina maut di Gunung Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ghosh meninggal dunia selepas berjaya menawan puncak Everest kelmarin. - X

KATHMANDU – Dua pendaki dari India dan Filipina menjadi mangsa pertama yang terkorban di Gunung Everest dalam musim pendakian antara Mac hingga Mei 2025, lapor akhbar The Independent. 

Warga India bernama Subrata Ghosh, 45, meninggal dunia di bawah Tangga Hillary ketika dalam perjalanan turun selepas berjaya menawan puncak setinggi 8,849 meter kelmarin. 

“Dia enggan turun dari bawah Tangga  Hillary,” kata pegawai pendakian daripada  Snowy Horizon Treks and Expedition, Bodhraj Bhandari. 

Ghosh dipercayai mengalami keletihan melampau dan menunjukkan tanda-tanda penyakit akibat ketinggian menyebabkan dia enggan meneruskan perjalanan. 

Seorang pendaki dari Filipina, Philipp II Santiago, 45, turut meninggal dunia pada Rabu lepas di South Col ketika cuba menawan puncak Everest.

“Santiago mengalami keletihan selepas tiba Kem IV. Dia menghembuskan nafas terakhir di dalam khemahnya. 

“Kami sedang berunding untuk membawa mayatnya pulang ke Base Camp,” tambah pegawai jabatan pelancongan Nepal, Himal Gautam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI