fbpx

Pemuda ditahan, RM1.6 juta dadah dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang berjaya dirampas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Batu Pahat

BATU PAHAT – Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM1.6 juta dadah selepas melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Mulia di sini pada 7 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Batu Pahat melancarkan serbuan itu pada pukul 7.45 malam.

“Dalam serbuan ini, pihak polis berjaya merampas serbuk disyaki dadah jenis ekstasi seberat 9465.40 gram bernilai RM1,586,500. Bahan disyaki dadah jenis ketamin dianggarkan seberat 460.30 gram bernilai RM23,000.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM1,609,500. Dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan seramai 47,000 penagih. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM40,000 dan wang tunai RM5,000 menerusi serbuan tersebut, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif pengaruh dadah serta tiada sebarang kes lampau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI