fbpx

Nahas FRU: Tiada saksi tampil sahkan dakwaan lori elak kenderaan keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nahas yang mengorbankan seramai 10 anggota FRU dalam kemalangan di Unit 5 di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, Selasa lalu.

TELUK INTAN – Sehingga kini, tiada pihak tampil mengesahkan dakwaan bahawa lori muatan batu yang merempuh kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), cuba mengelak sebuah kereta yang melintas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, setakat ini tiada laporan diterima berhubung dakwaan berkenaan.

“Siasatan kes ini telah selesai dan pertuduhan juga telah dibuat ke atas pemandu lori tersebut semalam.

“Setakat ini, saksi yang mengatakan ada melihat (lori mengelak kenderaan melintas) belum tampil (beri maklumat) kepada pihak polis. Sekiranya ada, kita akan menjalankan siasatan lanjut bagi tujuan perbicaraan,” katanya dalam sidang akhbar di Hospital Teluk Intan di sini hari ini.

Zulkafli bercakap kepada pemberita di Hospital Teluk Intan, hari ini. – Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI / KOSMO!

Beliau mengulas dakwaan seorang pekerja gerai makan yang mengatakan lori muatan batu dipandu lelaki berusia 45 tahun cuba mengelak sebuah van yang mahu keluar simpang sebelum kenderaan berat itu merempuh trak FRU di laluan bertentangan.

Menurut wanita itu, kejadian tersebut dilihat dari gerai makan tempatnya bekerja yang terletak bertentangan dengan simpang menghala ke Chikus.

Dalam pada itu Zulkafli berkata, seramai 16 individu termasuk pemilik syarikat lori telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI