fbpx

‘Killer’ muda negara selamat menjalani pembedahan kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Khairul Aman sudah beransur pulih selepas menjalani pembedahan kecil malam tadi. - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan, baru-baru ini mengambil masa melakukan panggilan video dengan ‘killer’ muda berbakat, Khairul Aman, yang kini sedang dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil.

Dalam perkongsiannya di media sosial, Sumali meluahkan rasa sebak apabila Khairul Aman Mohd. Rosdi terlepas peluang berjuang bersama pasukan kebangsaan. Namun, semangat juang pemain berusia 22 tahun itu tetap membara, malah senyuman manis masih terpancar walaupun terbaring di katil hospital.

“Sebentar tadi saya saya bercakap dengan Khairul Aman selepas pembedahan kecil. Beliau masih di hospital dan tidak dapat bermain untuk perlawanan seterusnya.

“Beliau masih menerima rawatan di hospital dan tidak dapat menyertai perlawanan akan datang,” tulisnya.

Sumali turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan pantas Khairul supaya dapat kembali beraksi di gelanggang secepat mungkin.

Sebelum ini, Khairul Aman dikejarkan ke hospital secara tiba-tiba selepas mengalami masalah kesihatan sewaktu perlawanan menentang Jepun.

Walaupun berlaku pertukaran pemain saat akhir, namun regu kedua negara tetap mengukir kemenangan bergaya dengan keputusan 15-8, 15-9.

Pemain berusia 22 tahun dari Terengganu ini, tidak sempat membuat penampilan apabila dikeluarkan daripada senarai pemain sebelum perlawanan bermula dan tempatnya digantikan Muhammad Noraizat Mohd. Nordin.

Malaysia kini berada di tangga teratas Kumpulan B selepas mencatat kemenangan bersih dalam ketiga-tiga perlawanan menentang Brunei, Jepun dan Korea Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI