fbpx

Kalahkan United, Chelsea kembali ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUCURELLA (kanan) muncul wira Chelsea apabila meledak gol kemenangan menewaskan United awal pagi tadi. - AFP

LONDON – Chelsea mencatat kemenangan cukup penting untuk terus menghidupkan peluang ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Manchester United 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Berbaki satu lagi perlawanan musim ini, The Blues dijangka mampu mencapai sasaran mara ke UCL musim depan, lebih-lebih lagi mereka berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca memuji usaha serta kerja keras ditampilkan anak-anak buahnya pada perlawanan itu, lebih-lebih lagi United menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka.

“Saya sudah cakap sebelum ini bakat sahaja tidak mencukupi kerana ia perlu diselangi dengan usaha. Semua pemain menunjukkan semangat juang tinggi malam ini (awal pagi semalam), jadi saya sangat gembira.

“United merupakan sebuah pasukan yang tahu bagaimana untuk bermain dalam perlawanan besar kerana mereka seri menentang Liverpool dan Arsenal selain menang ke atas Manchester City. Kemenangan ini cukup penting buat kami,” katanya.

Pada perlawanan itu, Chelsea terpaksa menunggu sehingga minit ke-71 bagi mendapatkan gol kemenangan menerusi jaringan Marc Cucurella yang menanduk masuk hantaran lintang kapten, Reece James.

Sementara itu, Maresca kini mula mengalihkan fokus terhadap aksi terakhir liga menentang Nottingham Forest yang juga salah satu pencabar merebut kedudukan lima pasukan teratas.

“Kami perlu fokus untuk menang dua perlawanan terakhir ini. Tugasan pertama sudah selesai, jadi kami perlu beri perhatian terhadap aksi seterusnya dan tidak boleh mengharapkan kepada orang lain,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI