JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu dihantar kepada pemiliknya dengan menggunakan helikopter, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian dirakam di Bandara Illaga di Puncak, wilayah Papua.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @almavan48 menunjukkan kenderaan SUV itu diangkut ke kawasan pergunungan.
“Penduduk di Puncak memang menyala. Tiada kredit dan hanya tunai. Harga naik helikopter sama dengan harga satu kereta,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 111,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Hanya Papua sahaja yang mengangkut kereta dengan helikopter,” kata seorang netizen.
“Caj penghantaran mesti mahal,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI