fbpx

Arkib Negara disaran dekati pengumpul koleksi, elak sejarah ditelan zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON melancarkan program itu di Bangunan Galeri Warisan MBDK, Klang, hari ini.- Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – Arkib Negara (ANM) disaran terus mendekati individu dan pertubuhan di seluruh negara yang memiliki koleksi sejarah menerusi pelaksanan program Arkib Komuniti.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program itu dicadang supaya ditubuhkan di setiap komuniti dan daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jelas beliau, langkah itu bagi memastikan penglibatan aktif komuniti dalam pengesanan, pengumpulan, perolehan dan pemeliharaan warisan sejarah negara.

“Selain itu, ANM boleh membangunkan laman khas Arkib Komuniti yang berfungsi sebagai portal bagi penyelidik, komuniti atau penyerah bahan mengakses maklumat secara dalam talian.

“Mereka merupakan saksi peristiwa penting, penjaga tradisi dan penggerak perubahan. Tanpa penglibatan aktif komuniti, banyak aspek sejarah kita mungkin hilang ditelan zaman,” katanya selepas melancarkan program itu di Bangunan Galeri Warisan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di sini, hari ini.

Menurut Aaron, penemuan sumber sejarah baharu melengkapkan naratif dalam memahami sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau.

“Banyak bahan di peringkat komuniti dari zaman merdeka masih tidak dapat dikumpul dan didokumentasikan sehingga kini. Cerita dan pengalaman mereka dapat menjadi sumber penting bagi memahami latar belakang sejarah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI