fbpx

Anwar sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan di Facebook Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-82.

Ucapan tersebut disampaikan dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku, Raja Perempuan Perlis dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, selain terus diberi keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan,” katanya.

Terdahulu, pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI