fbpx
Zuckerberg bersama anak perempuannya selepas menamatkan larian maraton. - Instagram

Zuckerberg kecewa tamatkan maraton lebih 20 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTA CLARA, CALIFORNIA – Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg menyuarakan kekecewaan kerana gagal menamatkan larian maraton  5 kilometer dengan catatan masa kurang 20 minit, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Zuckerberg menyertai maraton Stanford Medicine MyHeart Counts di Universiti Stanford dalam negeri California pada 28 April lalu. 

Beliau menggunakan nama samaran  ‘Martin Salzburg’ bagi mengelak perhatian orang ramai. 

Zuckerberg bagaimanapun kecewa selepas menamatkan larian dalam masa 20 minit dan 35 saat. 

Beliau menduduki tempat keempat dalam kumpulan usia 40 hingga 44 tahun dan kedudukan ke-33 daripada 1,214 pelari.

Larian itu diadakan untuk mengumpul dana bagi Pusat Penyelidikan Penyakit Kardiovaskular Diwarisi Stanford di mana Zuckerberg menjadi peserta selama bertahun-tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN