fbpx

Tekanan makin menghimpit kem Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON (kiri) tidak dapat beraksi kerana penggantungan perlawanan selepas menerima kad merah menentang Newcastle minggu lalu. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menjadi individu paling tertekan untuk menyiapkan pasukan berdepan Manchester United bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi esok.

Ketika jawatannya mula diperkatakan, Maresca juga harus mencari idea lebih ‘mujarab’ untuk menampung ketiadaan beberapa tonggak penting termasuk penyerang, Nicolas Jackson yang digantung perlawanan.

Mengambil kira United bermain di final Liga Europa minggu depan, Maresca pastinya berharap lawannya hanya menurunkan barisan kedua kerana kemenangan akan menghidupkan harapan mereka mendapatkan slot Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Maresca kini mempunyai dua pilihan sama ada berusaha mengejar slot UCL atau memberikan perhatian kepada final Liga Konferens Europa menentang Real Betis yang diwakili bintang pinjaman dari United, Antony pada 29 Mei nanti.

“Sekarang masa untuk tunjukkan karakter dan kami perlu lupakan apa dilalui sebelum ini. Paling penting kena ambil perkara positif dan bangga dengan usaha yang telah kami tunjukkan.

“Setiap perlawanan liga adalah sukar dan kedudukan semasa menunjukkan kami masih lagi berada dalam persaingan. Ini adalah liga terbaik dunia dan saya fikir kami sudah bersedia untuk berdepan cabaran.

“Jika kami mahu mencapai objektif, kami perlu tunjukkan mampu bermain di bawah tekanan. Kami kena bermain mengikut perancangan dan buktikan kami mampu hadapi detik seperti ini,” kata Maresca.

Selepas United, The Blues akan berdepan satu lagi cabaran menentang Nottingham Forest yang turut mengintai peluang untuk layak ke UCL musim depan dalam aksi terakhir liga hujung minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI