fbpx

Saya tiada di sini tanpa guru saya – Saifuddin Nasution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution.

PETALING JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akui kejayaan yang dikecapi beliau ketika ini adalah dari usaha guru-guru terdahulu yang bukan sahaja mengajar tetapi mendidik dengan hati mereka.

Jelas beliau, guru-guru yang pernah mengajarnya percaya kepadanya pada saat itu walaupun diri sendiri masih mencari arah.

“Dalam hidup setiap daripada kita, pasti ada sekurang-kurangnya seorang guru yang memberi kesan luar biasa. Guru yang bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik dengan hati, membimbing dengan kasih, dan menyentuh jiwa dengan penuh keikhlasan.

“Saya sendiri tidak akan berada di sini hari ini tanpa guru-guru saya. Mereka percaya kepada saya pada saat saya sendiri masih mencari arah. Mereka tidak minta dikenang, tetapi jasa mereka kekal tersemat dalam hidup dan perjalanan kita semua,” tulisnya di Facebook hari ini.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pendidik yang terus cekal dan sabar, walau dunia kini telah berubah.

“Terima kasih kepada para guru yang terus cekal dan sabar, walau dunia berubah, walau teknologi berkembang, kalian tetap teguh memegang obor ilmu. Keringat dan pengorbananmu, adalah cahaya masa depan negara.

“Selamat Hari Guru. Semoga terus diberkati, dihormati, dan disanjungi,” tulisnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI