fbpx

Penghantar makanan dituduh edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TING Kwong Hing (depan, kiri), Kaviyarasan (baju oren depan), Muhamad Dzulfikri (belakang, kanan) dan Ling Ai Kok (belakang, kiri), ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini.

LUMUT – Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja 16.6 kilogram (kg) ketika ditahan awal bulan ini.

Muhamad Dzulfikri Roslan, 29, dituduh melakukan perbuatan itu di dalam kereta di parkir di hadapan Hotel Brezza di Jalan Mohamad, Sitiawan, pada pukul 5.20 pagi 5 Mei lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup beserta disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, tiga rakan dituduh mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 186.2 gram.

Y. Kaviyarasan, 34; Ting Kwong Hing, 32; dan seorang wanita, Loo Ching Ching, 41, didakwa melakukan perbuatan itu di rumah Lot 2535, New Road Time 31/6, Kampung Koh, Sitiawan, kira-kira pukul 6 petang 7 Mei lalu.

Kesemua mereka mengaku memahami pertuduhan tersebut ketika dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Tiada pengakuan direkodkan dan tiada jaminan ditawarkan kepada semua tertuduh manakala kes disebut semula pada 9 Julai ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Hairol Jemain manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI