fbpx

Pelukis didenda RM1,300, simbah air, pukul rakan buat lawak hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang pelukis logo didenda RM1,300 dan penjara tiga bulan jika gagal bayar oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memukul rakan kerjanya, November tahun lalu.

Tertuduh, Emmanuelson Anak Tijon, 26, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret, Nabilah Nizam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa telah mendatangi kecederaan terhadap mangsa iaitu seorang wanita berusia 37 tahun di kantin sebuah resort golf di Pasir Gudang, di sini pada pukul 9 pagi, 26 November lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, Emmanuelson bertindak menyimbah air kepada mangsa sebelum memukul bahagian belakang kepala mangsa kerana tidak berpuas hati dengan lawak jenaka dikatakan mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI