fbpx

‘Mulut saya tiada insuran, itu sebab IG tak bergerak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emma memiih untuk tidak terlalu aktif dalam dunia media sosial demi mengelak bergaduh dengan netizen.

PETALING JAYA – Mengelak daripada berperang mulut dengan netizen, pelakon Emma Maembong memilih untuk tidak terlalu aktif dalam dunia media sosial terutama Instagram (IG).

Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata, perwatakannya yang lantang dan agak kasar menjadi antara punca dia kini ‘senyap’ dalam laman siber.

“Disebabkan mulut saya kadang-kadang tidak ada insuran dan perwatakan kasar, jadi Instagram saya tidak bergerak sangat pun selain daripada hantaran kerja.

“InstaStory untuk aktiviti harian pun tidak buat,” katanya dalam satu hantaran dalam Instagram.

Selain bersikap kasar, pelakon drama Seribu Tahun itu juga memilih untuk kurang aktif dalam media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.

“Orang nampak kita kasar dan banyak cakap, mereka kata macam-macam perkara yang tidak boleh buat.

“Bila dapat banyak sangat maklum balas yang negatif, ini tidak baik untuk kesihatan mental. Jadi lebih baik tidak payah buat terus,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia memaklumkan pernah menerima kecaman daripada netizen yang kurang selesa dengan personalitinya.

“Dulu saya buat InstaStory harian tetapi ada pula respons daripada pengikut saya dan mereka komen, ‘kenapa perangai macam ini! Lembutlah sikit tidak kena dengan muka.’

“Ada juga yang kata, ‘sudah jadi mak orang janganlah perangai macam ini’

“Habis itu, perangai mak orang mahu jadi macam mana?,” ujarnya.

Luahan tersebut tercetus apabila Emma sering mendapat maklum balas yang negatif daripada orang ramai berkaitan personalitinya yang kasar dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI