fbpx

Lelaki rotan anak saudara tanpa sebab didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Daim (tengah) mengaku bersalah mencederakan anak saudara di Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anak saudaranya menggunakan rotan, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Daim Salleh, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Pulau Mertajam, Penaga di sini, pada pukul 2.30 petang, 10 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli yang memohon hukuman setimpal diberikan susulan memukul kanak-kanak kecil.

Bagaimanapun, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh dalam mitigasinya memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk denda minimum atas alasan tertuduh yang masih bujang dan bekerja sebagai nelayan tidak memiliki pendapatan tetap selain perlu menyara ibunya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda yang dikenakan.

Isnin lalu, media melaporkan seorang nelayan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes dera anak saudaranya berusia tiga tahun pada Jumaat lalu.

Tangkapan ke atas suspek dibuat selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian pada Jumaat lalu di Kepala Batas susulan mendapati abang iparnya memukul anaknya menggunakan sebatang kayu kecil tanpa sebab munasabah.

Kejadian itu berlaku ketika pengadu yang juga seorang kelindan lori membuat panggilan video untuk bercakap dengan mangsa yang tinggal bersama bekas isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI