KUANTAN – Sebuah kereta mewah jenis Ferrari terbakar selepas dipercayai terbabas dan melanggar tembok di Jalan Kuantan-Segamat.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Difahamkan kereta mewah berkenaan dipandu lelaki warganegara Singapura yang dalam perjalanan dari Singapura ke Kuantan melalui Segamat, Johor.
Kenderaan berkenaan dikatakan terbabas sendiri sebelum melanggar tembok dan terbakar. – KOSMO! ONLINE