fbpx

Ibu tak sangka anak dalam bilik ketika api marak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI ZAHARAH (kiri) tidak dapat menahan sebak selepas dimaklumkan anak keempatnya terperangkap di dalam bilik dalam kebakaran di PPR Krubong, Melaka, hari ini.

MELAKA – Ibu kepada kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Pangsapuri Perumahan Rakyat (PPR) Krubong petang tadi tidak menyangka mangsa masih berada di dalam bilik ketika api marak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa yang berusia empat tahun ditemukan maut dipercayai akibat terperangkap ketika api marak.

Menurut Siti Zaharah Borhan, 43, kejadian berlaku ketika dia sedang berehat di ruang tamu dan tidak menyedari bahawa mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik bermain seorang diri di dalam bilik.

“Saya cuma terlelap sekejap dan bila tersedar, api dah marak dari bilik ketiga.

“Saya terus capai semua anak dan lari keluar rumah, ingatkan dia (mangsa) pun ikut sama sebab selalu dia memang main dengan adik-beradik lain tapi sangka dia seorang diri dalam bilik,” katanya sebak ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, suaminya tiada di rumah ketika insiden berlaku kerana keluar bekerja.

Katanya lagi, dia hanya sedar anaknya tiada selepas api berjaya dipadamkan dan anggota bomba memaklumkan penemuan mayat di bilik berkenaan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI