fbpx

Hospital penuh, pesakit meninggal dunia atas kerusi roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang pesakit meninggal dunia di luar unit kecemasan sebuah hospital di Bekasi. - Instagram

JAKARTA – Seorang pesakit meninggal dunia di atas kerusi roda selepas menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dalam kejadian di sebuah hospital di wilayah Jawa Barat, Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Rumah Sakit Cikarang Medika dekat Bekasi kelmarin. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @liputancikarang menunjukkan pesakit itu duduk di atas kerusi roda dalam keadaan tidak bernyawa di pekarangan hospital. 

Menurut anak lelaki pesakit dikenali sebagai Andi, mereka tiba di hospital sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan). 

“Pihak hospital mendakwa bahawa wad kecemasan mereka penuh sehingga tidak mampu menampung pesakit. 

“Pesakit kemudian dibiarkan duduk di atas kerusi roda di luar unit kecemasan. Selepas beberapa jam menunggu, pesakit menghembuskan nafas terakhir,” tambah Andi. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 111,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Tiada sifat empati. Itu nyawa orang,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI