fbpx

Dua penjenayah aktif samun di 3 negeri mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik melakukan siasatan di lokasi dua penjenayah mati ditembak di Nilai malam tadi.

NILAI – Dua penjenayah yang dipercayai aktif menyamun tersungkur dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di tempat letak kenderaan sebuah bangunan di Residence Nilai di sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10 malam.

“Suspek pertama lelaki tempatan berusia 40 tahun mempunyai 76 rekod jenayah, manakala suspek kedua berusia 29 tahun mempunyai 11 rekod jenayah.

“Polis merampas dua pucuk senjata api iaitu pistol separa automatik dan revolver yang dipercayai digunakan dalam jenayah samun, kongsi gelap dan pengedaran dadah.

” Hasil risikan, kumpulan tersebut dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes jenayah di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kita tidak menolak kemungkinan penglibatan mereka dalam kes-kes jenayah kekerasan di kontinjen lain,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini. Turut hadir Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kumpulan tersebut aktif menyamun kediaman, kilang serta premis penyimpanan barangan di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

“Suspek bergerak secara ‘mobile’ dan menjadikan kawasan ini sebagai tempat persinggahan. Mereka menggunakan kenderaan jenis Toyota berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran ditukar setiap dua hari bagi mengelak dikesan,” katanya.

Tambahnya, polis giat memburu saki baki ahli kumpulan yang masih bebas dan percaya lebih banyak tangkapan dan rampasan akan dibuat selepas ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI