fbpx

Budak 10 tahun dibakar ‘hidup-hidup’ oleh empat rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga mangsa menunggu di luar Unit Rawatan Rapi (ICU) RSUD Abdoer Rahem Situbondo. - Radarbali

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun melecur seluruh badan selepas dibakar secara hidup-hidup oleh empat rakannya dalam kejadian di Situbondo, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Kompas semalam. 

Mangsa yang dikenali sebagai AQ, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) RSUD Abdoer Rahem Situbondo. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Situbondo, AKP Agung Hartawan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa keluar untuk membeli makanan. 

“Semasa dalam perjalanan, mangsa dihampiri empat rakan sebayanya.

“Mereka kemudian bertindak kejam dengan menyimbah bahan mudah terbakar ke tubuh mangsa sebelum menyalakan api,” kata Agung. 

Polis telah memanggil keempat-empat suspek bersama ibu bapa masing-masing untuk soal siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI