fbpx

Berang dilarang makan roti, pelajar hunus pahat serang guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pelajar-pelajar menduduki peperiksaan di sebuah sekolah di Hong Kong. - Foto AFP

HONG KONG  – Seorang pelajar di Hong Kong ditangkap kerana menyerang seorang guru yang menghalangnya daripada makan semasa pembelajaran di dalam kelas, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Polis menerima aduan kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan) kelmarin mengenai pertelingkahan antara seorang murid tingkatan tiga dengan guru lelaki di Sekolah Menengah Yayasan Carmel Alison Lam.

Guru berusia 58 tahun itu dilaporkan diserang dengan pahat dan mengalami luka ringan di dahi dan lehernya. 

Dia dihantar ke Hospital Princess Margaret di Kwai Chung untuk rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Anggota-anggota polis tiba di tempat kejadian dan menahan pelajar berusia 14 tahun itu kerana disyaki melakukan serangan yang mendatangkan kecederaan.

Kejadian berlaku apabila pelajar itu dihalang oleh gurunya daripada makan roti di dalam kelas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI