fbpx

Bayangan emas di Sukan SEA Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA tidak lagi bimbang dengan kehebatan Thailand selepas mudah menewaskan regu mereka di pentas final kelmarin. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Prestasi konsisten skuad regu sepak takraw negara di Piala Asia 2025 mula menampakkan sinar kilauan pingat emas menjelang temasya Sukan SEA Thailand 2025 pada Disember nanti.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan berkata, kemenangan bergaya menewaskan Thailand 2-0 di pentas final regu di Stadium Titiwangsa kelmarin menjadi petanda positif kemampuan merekauntuk terus mencipta sejarah.

Katanya, istilah gerun berdepan gergasi Asia, Thailand tidak lagi mampu dipakai kerana cabaran kini semakin seimbang membabitkan kedua-dua pasukan.

“Kalau dulu, semangat pemain mudah goyah bila bertemu Thailand. Tapi sekarang mereka dah tak takut lagi. Saya boleh kata tahap kita 50-50 sahaja dengan Thailand dalam apa kategori dipertandingkan.

“Regu negara semakin matang dan tahu nak kendalikan tekanan. Bila mereka di gelanggang sendiri, disokong pula penyokong Malaysia, semangat memang lain macam,” kata Sumali.

Begitupun, Sumali tetap mengingatkan cabaran sebenar menanti Malaysia di Piala Raja Thai pada Jun nanti sebelum menghadapi Sukan SEA Thailand 2025 (Disember) kerana suasana bertanding di tempat lawan khususnya di Thailand amat berbeza.

“Kita nampak bayangan emas, tapi bila beraksi di luar, banyak faktor lain perlu diambil kira. Saya tak boleh jamin 100 peratus, tapi saya tetap sasarkan emas dalam acara regu kerana ini adalah gelaran milik pasukan negara.

“Kalau pemain kurangkan kesilapan, fokus dari awal, kita boleh bawa pulang emas. Ini bukan angan-angan, tapi realiti yang sedang dibina,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI