fbpx

Asrama terbakar, 30 pekerja ladang bertempiaran lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan asrama pekerja di sebuah ladang kelapa sawit yang terbakar di Felda Aring 2, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

GUA MUSANG – Seramai 30 penghuni bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas asrama pekerja yang didiami musnah dalam kebakaran di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Aring 2 di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu, 90 peratus bahagian asrama berkenaan hangus dijilat api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, seramai 13 anggota bomba bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.10 pagi.

“Pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah asrama pekerja ladang struktur kelas A jenis kekal yang menempatkan sembilan buah bilik dan satu dapur.

“Kesemua 30 penghuni berjaya menyelamatkan diri ke tempat yang selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nor Azizi berkata, kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 9.19 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI