PETALING JAYA – “Ada anxiety, pernah jadi atlet negara, tak ada lesen dan kereta. Lima tahun dah kahwin, aku tak gagal kan?”
Itu persoalan daripada seorang individu yang sedang diuji dengan kesukaran mencari punca pendapatan.
Katanya yang berumur 25 tahun dan menggunakan profil Anas di media sosial, dia mengharapkan pendapatan menerusi kelas renang yang dianjurkan, namun jumlah peserta tidak ramai.
“Umur 25, anak seorang 4 tahun. Mengharapkan (pendapatan) kelas renang, tapi baru dua orang saja (sertai) sejak Januari lepas.
“Dah usaha cari kerja lain, mesti bertembung dengan (kelas) renang. Orang lelaki tak meluah. Sekali meluah, bumi pun nangis,” kongsinya.
Hantarannya itu meraih perhatian netizen yang rata-rata memberikannya semangat untuk meneruskan kehidupan.
“Memandangkan semangat kau adalah berenang, aku cadangkan kau buka akaun TikTok baru. Letak Nama akaun ‘anas|cikgu renang’ (contoh) atau apa-apa kaitan dengan renang,” cadang @intan.
“Kau 25, dah kahwin, ada anak, dah jadi seorang suami dan ayah. Kau kira dah berjaya bang. Percaya la kami kat luar ni teringin nak berjaya sampai tahap kau, bersyukur tau bang,” kata seorang netizen.
“Tak apa, yang penting awak ada usaha. Biasa tu, lima tahun awal perkahwinan mencabar sikit. Insya-Allah, banyak-banyak buat iklan, promosi kelas renang awak, ramai akan berminat,” ujar @Nur Shakila. – KOSMO! ONLINE.
@_nccss org lelaki tak meluah. sekali meluah, bumi pun nangis. #fyp #usaha #takgagal ♬ suara asli – August – tys ᰔ