fbpx

[VIDEO] Ada sesiapa hubungi bomba ke tadi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang peniaga nasi lemak kesal apabila terdapat pihak yang menggunakan nombor telefonnya untuk membuat panggilan palsu semasa siaran langsung di TikTok,

PETALING JAYA – Seorang peniaga nasi lemak kesal apabila terdapat pihak yang menggunakan nombor telefonnya untuk membuat panggilan palsu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Walawaempire, wanita tersebut memberitahu dia panik apabila dikaitkan dengan panggilan kecemasan sedangkan ketika itu dia sedang membuat siaran langsung di TikTok.

“Mungkin bagi orang yang tidak kena akan anggap benda ini kecil. Tapi masa itu, macam-macam dah saya fikir. Takut juga sebab ia melibatkan panggilan palsu, walhal saya tak buat pun,” katanya.

Menurut mangsa, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengganggu perniagaannya, malah memberi tekanan emosi.

“Sudahlah tengah berniaga, sanggup orang aniaya macam ni. Tak elok nak ‘game’ orang sampai buat panggilan palsu. Ini semua melibatkan undang-undang. Jangan buat main, satu hari nanti mesti kena juga,” tegasnya.

Tambahnya, ketika kejadian berlaku, nombor telefonnya sedang digunakan untuk siaran langsung (live) di TikTok, sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana nombor tersebut boleh digunakan untuk tujuan lain.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

“Macam mana dia boleh gunakan nombor orang lain masalah besar ini,” kata @Ghadafi_dapit_gadap.

“Pernah kena berpuluh-puluh orang hubungi saya tanpa henti mereka cakap saya ‘call’ padahal takde pun,” kata @Wokjoko.

“Tadi baru tengok abang nasi lemak sekarang akak ini pula kena,” kata @Ieqanaz. – KOSMO! ONLINE

@walawaempire mungkin bagi orang yang tak kena akan cakap benda kecik , tapi time ni dah terfikir macam macam . aku dah terfikir polis akan angkut aku sebab buat panggilan palsu sedangkan aku tak buat . macam macam cara zaman sekarang ni orang nak buat jahat kan . apa apa pun semoga awak yang buat saya ni jalankan hidup yang bahagia lepasni tau . #nasilemakwalawa #walawaempire ♬ original sound – Walawa empire

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI