fbpx

Tiada mangsa terlibat, TLDM siasat punca bot hilang kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat insiden membabitkan sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang kawalan.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

“Ketika melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25), sebuah bot milik TLDM hilang kawalan,” kata kenyataan itu hari ini.

TLDM berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dialami oleh kru dalam insiden tersebut, namun individu terlibat dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Terdahulu tular di media sosial sebuah video memaparkan bot milik TLDM dipercayai hilang kawalan dan melanggar bot pelancong di Jeti Teluk Baru, Langkawi sebelum terkandas di daratan sebuah pulau.

Semasa kejadian, kelihatan dua individu berada di kiri dan kanan bot, namun jurumudi tidak kelihatan. Bit pelancong yang berlabuh di jeti pula tiada penumpang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI