fbpx

Rider maut langgar lembu lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa, Arshad Khamis (gambar kecil) selepas melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan di Kilometer 5 Jalan Lok Heng – Mawai di sini, awal pagi tadi.

KOTA TINGGI – Seorang penghantar makanan maut selepas melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan di Kilometer 5 Jalan Lok Heng – Mawai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berumur 49 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dipercayai dalam perjalanan dari arah Bandar Penawar menuju ke Felda Lok Heng.

“Ketika dilokasi kejadian mangsa tidak sempat mengelak seekor lembu yang sedang melintas dan melanggarnya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI