fbpx

Penumpang mahu ambil nyawa semua lelaki dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan suspek mengancam untuk membunuh semua lelaki di dalam pesawat. - 10WJAR

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang penumpang sebuah penerbangan di Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah berhubung pertuduhan cuba membunuh pramugari dan membuka pintu kecemasan semasa pesawat berada di ruang udara, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku dalam penerbangan milik United Airlines yang berlepas dari Los Angeles menuju bandar Boston di  negeri Massachusetts pada Mac 2023. 

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di media sosial menunjukkan suspek, Francisco Severo Torres, 34, mengancam untuk merampas pesawat dan membunuh semua lelaki di dalamnya.

Situasi bertambah cemas apabila dia menendang dan cuba menikam seorang pramugari dengan menggunakan sudu besi patah sebagai senjata.

“Tertuduh menyerang mangsa sebanyak tiga kali pada bahagian leher,” kata pendakwa raya. 

Lelaki itu ditangkap dengan bantuan beberapa penumpang sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Logan. 

Torres mengaku bersalah berhubung pertuduhan campur tangan dan cubaan membunuh kru menggunakan senjata berbahaya, demikian  menurut Peguam Negeri Massachusetts, Leah Foley. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI