GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah di negeri ini mati dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis di Lintang Bukit Jambul di sini, awal pagi tadi.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi tadi dan suspek ketika itu memandu kereta jenis BMW seorang diri dalam keadaan mencurigakan.
Difahamkan, suspek terlibat dengan pelbagai kes jenayah termasuk memecah kedai dobi layan diri, keganasan dan samun.
Kosmo! difahamkan, satu kenyataan media dari Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan dikeluarkan dalam masa terdekat. -KOSMO! ONLINE