fbpx

Pemuda maut rempuh motosikal keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemuda maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Parit Amat, Jalan Temenggung, Muar, semalam.

MUAR – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah motosikal yang keluar dari simpang secara mengejut di Parit Amat, Jalan Temenggung Ahmad di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Yunos Abdullah, 27, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia 27 tahun menunggang motosikal di laluan utama dari arah Parit Bakar ke Parit Jawa.

“Motosikal mangsa terlanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang keluar secara mengejut dari Simpang Parit Amat iaitu di sebelah kiri laluan utama.

“Akibat pelanggaran tersebut pemuda berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal terbabit cedera parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI