fbpx

Pemandu Maserati sebab kematian penunggang motosikal mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD IRSHAD (dua dari kanan) dituduh menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu Maserati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27, yang juga seorang penjawat awam Singapura membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki warga Singapura itu telah memandu kereta Maserati di atas jalan raya dengan cara yang setelah mengambil perhatian segala hal keadaan adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain sehingga menyebabkan kematian kepada A. Vasanthraj, 32.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 6.40 petang di Kilometer 0.6 Lebuh Raya Linkedua, di sini pada 9 Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM50,000.

Lelaki itu juga hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan selain lesen memandu diendorse oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan selain perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali dan lesen memandunya digantung.

Tarikh 10 Jun depan sebagai sebutan semula dan untuk serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI