fbpx

Pemandu lori direman empat hari sebabkan kematian pengawal KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemalangan tersebut.

KUALA LANGAT – Seorang pemandu lori yang menyebabkan kemalangan maut melibatkan seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, semakan mendapati suspek lelaki berusia 30an itu tidak mempunyai rekod lampau.

“Reman empat hari dan suspek tiada rekod lampau,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah lori merempuh sebuah motosikal sehingga penunggangnya maut dalam kejadian di Kilometer 13 Jalan Banting – KLIA, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari dengan mangsa berusia 40-an maut di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau membahayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI