fbpx

Nahas FRU: Korperal Syed Irfan patah pinggul, pundi kencing bocor dan organ terhimpit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Rasidah Suhada (kanan) bersama Syed Isfan.

PETALING JAYA – Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Koperal Syed Isfan Syed Mohammad yang parah selepas terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan, semalam sudah menjalani sebanyak tiga pembedahan.

Isterinya, Rasidah Suhada Zulkifli memaklumkan, pembedahan itu membabitkan bahagian organ serta pundi kencing dan tulang pinggul Syed Isfan.

Katanya, Syed Isfan telah melalui pembedahan bahagian perut dan dada kerana ususnya naik ke atas dan menghimpit paru-paru, hati dan limpa.

“Alhamdulillah, doktor berjaya membetulkan semua kedudukan organ tersebut kepada asal.

“Empat tulang rusuknya yang retak tidak dapat dirawat melalui pembedahan dan kemungkinan akan sembuh dengan sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Rasidah Suhada berkata, pundi kencing suaminya mempunyai tiga bahagian yang bocor dan telah terkena jangkitan kuman.

Menurutnya, doktor telah memasukkan tiub dalam saluran antara buah pinggang dan pundi kencing, serta menebuk tiub di bahagian luar.

“Sekarang dia kencing mengikut tiub, manakala saluran kencing biasa masih lagi rosak dan mungkin akan mengambil masa untuk doktor melakukan pembedahan pada bahagian tersebut.

“(Pada bahagian) tulang pinggul patah, doktor telah memasukkan plat besi tetapi tidak dapat melakukan pembedahan pada bahagian mangkuk pinggul lagi. Perlu tunggu dia stabil dahulu,” katanya.

Jelasnya, Syed Isdan perlu menjalani sebanyak dua lagi pembedahan selepas ini, namun dia bersyukur apabila suaminya menunjukkan perkembangan positif.

“InshaaAllah dia kuat, mungkin semalam saya sedih dan bimbang tapi harini saya reda dan bersyukur sebab ada keajaiban berlaku berkat daripada doa semua.

“Kalau ikutkan banyak risiko dia kena lalui tapi semua risiko pendarahan, risiko buang limpa dan potong usus dapat ditangani. Semua berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, Kosmo melaporkan Syed Isfan selesai menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan kini dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Syed Isfan merupakan salah seorang daripada sembilan anggota yang cedera dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, kira-kira pukul 8.30 pagi, semalam

Dalam kejadian itu, lapan anggota FRU maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Teluk Intan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI