fbpx

KPKM diarah percepat rundingan dengan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga KPKM mengadakan sesi meja bulat bersama para pemain industri di Russia, hari ini.

PETALING JAYA – Para pegawai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarah untuk segera meneruskan rundingan lanjut bersama pihak berkuasa Pertanian Russia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rundingan itu khususnya dalam mempercepatkan proses pengesahan pusat penyembelihan serta urusan import dan eksport produk pertanian di antara kedua-dua negara.

Arahan itu dinyatakan susulan sesi meja bulat bersama para pemain industri di Russia, hari ini.

“Seperti yang saya tegaskan dalam sesi meja bulat tersebut, semua prosedur ini perlu dimuktamadkan sebelum penghujung tahun ini.

“Saya amat yakin dengan komitmen serta kepakaran barisan pegawai KPKM. Insya-Allah, misi ini akan dilaksanakan dengan penuh integriti dan profesionalisme,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Katanya, kerjasama erat di antara Malaysia dan Russia dalam bidang pertanian bukan sahaja membuka peluang akses pasaran antarabangsa yang lebih luas, tetapi juga memperkukuh jaminan keselamatan makanan negara.

“Usaha ini selari dengan agenda berterusan Kerajaan Madani untuk memastikan kestabilan dan daya tahan rantaian bekalan makanan demi kesejahteraan rakyat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI