fbpx

Kamal Adli bersyukur ramai kaum Adam ‘back up’ Budin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal Adli bersyukur ramai kaum lelaki mengikuti drama fenomena, Dia Imamku. - ISKANDAR ISHAK

PETALING JAYA – Pelakon Kamal Adli mengakui watak Budin yang dilakonkannya dalam drama bersiri popular, Dia Imamku memberi impak tersendiri dalam kerjaya lakonannya.

Menurut Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, paling membuatkan dia terkejut adalah ramai kaum Adam yang menonton drama yang ditayangkan menerusi saluran Astro Ria itu.

“Impak yang lebih besar adalah bila kita berjaya tarik penonton daripada kaum lelaki. Lelaki lebih ramai penonton drama ini berbanding perempuan.

“Berdasarkan hantaran dalam media sosial mengenai drama ini, kebanyakan yang komen adalah lelaki. Ramai lelaki yang ‘back up’ (pertahankan) Budin.

“Saya bersyukur apabila watak Budin berjaya menarik hati ramai penonton,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan drama Dia Imamku, di sini, semalam.

Tambah suami kepada Uqasha Senrose itu lagi, sudah lama dia tidak pernah berdepan fenomena begini melainkan selepas kali terakhir menerusi drama gandingan bersama isterinya iaitu Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dosa.

“Pada mulanya saya risau juga kerana sebelum drama ini ditayangkan, dua drama sebelumnya iaitu Andai Tiada Dia dan Curang Tanpa Niat memang menjadi fenomena.

“Ada juga netizen yang berpendapat saya tidak sesuai menjadi hero drama Dia Imamku. Katanya saya tak sesuai jadi imam. Dan macam-macam lagi lah. Sampai saya tak sanggup nak baca komen.

“Tetapi alhamdulillah akhirnya drama ini turut menjadi fenomena dan watak Budin itu memang melekat dengan saya. Saya pergi mana-mana pun orang dah tak panggil nama Kamal tetapi Budin,” kongsinya.

Drama Dia Imamku yang turut dibintangi  Siti Saleha, Haneesya Hanee dan Imam Shah bakal melabuhkan tirai pada malam ini dimana dua episod akhir ditayangkan sekaligus selama dua jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI