fbpx

Guru cari pelajar beri hadiah kain batik nenek dari ampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen yang ditinggalkan guru wanita itu di TikTok.

PETALING JAYA – Dalam kenangan yang masih segar walaupun telah berlalu lebih tiga dekad, seorang guru dikenali sebagai Hani berkongsi kisah menyentuh hati yang berlaku ketika sambutan Hari Guru, 33 tahun lalu.

Guru tersebut mengimbau detik manis bersama anak muridnya, Taufiq semasa bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Rembau, Negeri Sembilan yang ketika itu masih kecil namun sudah menunjukkan tanda-tanda kasih sayang dan penghargaan luar biasa terhadap gurunya.

Kata guru wanita itu, Taufiq telah menghadiahkannya sehelai kain batik milik nenek kanak-kanak itu (ketika kejadian) yang diambil dari ampaian untuk dijadikan hadiah sempena Hari Guru.

“Anak murid saya nama Taufiq di SK Rembau pernah berikan kain batik neneknya yang diambil di ampaian untuk hadiah Hari Guru. 33
tahun lepas,” katanya menerusi perkongsian di ruang komen di TikTok.

Guru tersebut turut meninggalkan komen memaklumkan dia masih mengingati kasih sayang anak muridnya itu selain berharap agar dapat bertemu semula.

“Dekat mana awak sekarang Taufiq? Teacher (cikgu) masih ingat awak,” katanya.

Usaha guru itu untuk menjejaki bekas muridnya mendapat sokongan ramai apabila netizen mula berkongsi tangkap layar komennya di media sosial agar dua insan tersebut dapat bertemu semula.

“Tolong ‘tag’ Taufiq, mana dia sekarang? Taufiq Teacher (cikgu) Hani sedang cari awak,” kata Aisy.

“Mana encik Taufiq sekarang? Bekas pelajar SK Rembau. Cikgu awak cari ini. Munculkan diri,” kata Fakhrul Jalani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI