fbpx

Dilema Barcelona di ambang kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUBARSI (tengah) masih belum cergas sejak mengalami masalah kesihatan ketika menentang Real minggu lalu. - AFP

BARCELONA – Barcelona hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk mengesahkan kejuaraan La Liga musim ini dalam baki tiga aksi termasuk menentang Espanyol di Stadium RCDE awal pagi esok.

Begitupun, ia tidak bermakna Espanyol akan memberi laluan mudah buat musuh setempat itu memandangkan aksi itu nanti merupakan pertembungan yang digelar Derbi Barceloni.

Lebih memburukkan keadaan apabila bek tengah berpengalaman, Inigo Martinez tidak dapat beraksi disebabkan penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning kelimanya musim ini

Pengendali Barcelona, Hansi Flick juga masih belum pasti dapat menurunkan seorang lagi bek tengah, Pau Cubarsi disebabkan masalah kesihatan.

Situasi itu mungkin memaksa Flick meletakkan kepercayaan kepada bek kanan, Ronald Araujo beraksi sebagai pertahanan tengah untuk bergandingan dengan Alejandro Balde.

“Buat masa ini kami masih menanti laporan daripada pasukan perubatan berhubung tahap kecergasannya (Cubarsi) sebelum saya membuat sebarang keputusan.

“Saya percaya siapa pun yang diturunkan akan memberikan prestasi sehabis baik mereka dalam usaha memenangi perlawanan,” kata Flick.

Sebagai rekod, Barcelona hanya memerlukan satu kemenangan untuk merangkul gelaran La Liga, kejuaraan ketiga mereka musim ini, disebabkan kelebihan tujuh mata ke atas Real Madrid di tangga kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI