fbpx

‘Ayah hidap kanser paru-paru, itu sebab saya berhenti merokok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akim mendedahkan sudah setahun meninggalkan tabiat merokok selepas bapa tersayang disahkan menghidap kanser paru-paru tiga tahun lalu. - FIRDAUS JOHARI

KUALA LUMPUR – Penyanyi Akim Ahmad mendedahkan sudah setahun meninggalkan tabiat merokok selepas bapa tersayang disahkan menghidap kanser paru-paru tiga tahun lalu.

Menurut Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 34, keputusan itu menjadi titik tolak perubahan besar dalam hidup, bukan sahaja buat dirinya malah adik-beradik lelaki yang lain.

“Ada sebab kenapa saya berhenti merokok. Tiga tahun lepas ayah saya didiagnos menghidap kanser paru-paru.

“Jadi itu merupakan turning point untuk saya dan adik-beradik lelaki lain berhenti merokok.

“Kami ambil pendekatan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik dan sihat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Lebih menggembirakan, pelantun lagu Bengang itu mengakui kesan berhenti merokok membuatkan staminanya bertambah baik sekali gus membantu dari segi nyanyian.

“Saya gembira melihat perkembangan diri saya selepas tidak lagi merokok dan saya lihat kesihatan bapa saya juga bertambah baik selepas dia berhenti merokok.

“Saya sendiri sudah mula rasa stamina meningkat, lebih bertenaga dan mampu menyanyi lebih lama ketika di atas pentas.

“Secara tak langsung, perubahan itu banyak membantu karier saya sebagai penyanyi,” ujarnya pada sidang media Konsert Rampas Akim & The Majistret di sini, semalam.

Namun, suami kepada penyanyi Stacy itu tidak menafikan proses untuk berhenti bukan mudah kerana sudah lama terjebak dalam tabiat tersebut sejak zaman sekolah.

“Awalnya memang sangat susah sebab saya seorang perokok tegar. Sehari boleh habiskan sekotak.

“Saya selalu tanya pada diri, perlukah berhenti terus atau perlahan-lahan. Saya sendiri berperang dengan mental saya.

“Alhamdulillah, ayah selalu pesan, kalau rasa susah, banyakkan berzikir dan istighfar,” dedahnya.

Akim juga menyifatkan zikir dan istighfar sebagai terapi yang memberi ketenangan serta membantunya fokus pada perkara lebih baik dalam hidup.

Dalam perkembangan lain, bapa tiga anak itu bakal mengadakan konsert sulung bersama kumpulannya, Akim & The Majistret di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 28 Jun ini.

Lebih 20 buah lagu termasuk karya popular serta ciptaan khas untuk artis lain bakal dipersembahkan dan tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my dengan harga antara RM159 hingga RM249. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI