fbpx

Arsenal tak kalah Martinelli ledak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI bakal memainkan peranan penting sebagai false nine kerana penggantungan perlawanan dialami Mikel Merino. - AFP

LONDON – Pemain sayap lincah Arsenal, Gabriel Martinelli tekad untuk terus menghadirkan tuah buat pasukan dalam usaha menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa kalah pada dua aksi terakhir nanti.

Sebagai rekod, Martinelli memiliki rekod cemerlang kerana setiap kali dia berjaya menjaringkan gol, The Gunners tidak pernah mengalami kekalahan dan statistik itu sudah berlarutan sejak 45 perlawanan lepas.

Malah, prestasi pemain antarabangsa Brazil itu menjadi faktor utama kejayaan Arsenal berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat Liverpool 2-2 di Anfield pada aksi EPL minggu lalu.

Kata Martinelli, rekod tersebut sememangnya menarik untuk didengar tetapi apa yang lebih penting barisan pemain bangkit secara berpasukan untuk memburu trofi pada kempen musim depan.

“Saya harus mencabar diri untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan jika ia memberi tuah. Secara peribadi, ia adalah statistik yang bagus tetapi apa yang saya lakukan hanyalah buat pasukan.

“Apa yang penting, pasukan perlu lebih bekerja keras selepas ini kerana kita memiliki semangat juang tinggi. Sudah tentu kita mahu menang pada semua perlawanan dan kekal positif untuk menjulang trofi musim depan,” katanya.

Arsenal yang masih belum mengesahkan status naib juara bakal menentang Newcastle United dan Southampton pada dua aksi terakhir liga musim ini dengan hanya satu kemenangan akan mengesahkan peluang mereka ke Liga Juara-Juara Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI