fbpx

Ahli perniagaan berdepan denda RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Nizamuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan.

SEREMBAN – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki dan memindahkan barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan serta tidak menyelenggarakan buku stok.

Ahmad Nizamuddin Setapa, 28, selaku orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut tiga pertuduhan, Ahmad Nizamuddin sebagai pemilik perniagaan yang memegang lesen borong barang berjadual didapati melanggar Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki 177,530 kilogram (kg) minyak masak melebihi had 10 metrik tan.

Selain itu, Ahmad Nizamuddin turut berdepan dua lagi pertuduhan iaitu memindahkan 3,400kg minyak masak yang terdapat dalam lori selain alamat yang dinyatakan dalam lesen borong dan tidak menyelenggara buku stok.

Kesalahan itu dilakukan di premis tanpa nama di kawasan perindustrian Nilai 7, Nilai dekat sini pada 24 Ogos dan 23 Oktober 2024.

Sehubungan itu, OKS didakwa di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 22(4) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, lelaki itu boleh didenda tidak lebih RM 1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, dia boleh didenda tidak lebih RM3 juta atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI