fbpx

‘Tolak tawaran berlakon sebab tak mahu cetuskan kontroversi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz mengakui ada menerima beberapa tawaran lakonan namun terpaksa menolak.

HULU SELANGOR – Meskipun dihambat pelbagai kontroversi, pelakon Hafidz Roshdi mengakui ada menerima beberapa tawaran lakonan.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Muhammad Hafidz Roshdi itu terpaksa menolak kerana bimbang kehadirannya akan menjejaskan sesebuah karya.

“Dari segi kerjaya saya masih lagi menerima tawaran dan ada penerbit yang tanya khabar.

“Penerbit masih beri tawaran kepada saya, cuma saya saja yang ragu-ragu sebab kes saya masih berjalan sebelum ini.

“Saya tidak mahu disebabkan saya, tercetus pelbagai kontroversi dan perkara tidak baik berlaku,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menceritakan lanjut, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu akan meneruskan minatnya dalam dunia lakonan.

“Selagi ada tawaran, pihak produksi masih mahukan saya dan ada permintaan, saya on (okey) sahaja.

“Memang minat saya dari dulu. Saya tak pernah sekat karier saya,” ujar Hafidz, 31.

Selain itu, dia juga berharap orang ramai dapat menghentikan kecaman terhadapnya lebih-lebih lagi apabila kes mahkamah sudah pun selesai.

“Sebelum kes ini (pukul) pun saya masih menerima persepsi buruk.

“Jadi, selepas kes ini selesai, saya harap semua kecaman dan persepsi itu dihentikan,” jelasnya.

Sebelum itu, bapa kepada dua orang anak itu pernah mendedahkan cuba beralih bidang ke dunia belakang tabir.

Dia juga melakukan pekerjaan baharu iaitu sebagai penghantar Lalamove. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI