fbpx

‘Tak peduli, saya kentut pertama kali lepas sebulan pacaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luna mengakui kentut di hadapan suaminya, Maxime Bouttier selepas sebulan mereka bercinta.

PETALING JAYA – Menguji penerimaan insan tersayang, pelakon Luna Maya mengakui kentut di hadapan suaminya, Maxime Bouttier selepas sebulan mereka bercinta.

Aktres dan pengacara berusia 41 tahun itu berkata, dia mengambil masa yang agak lama untuk berbuat sedemikian disebabkan sentiasa kembung perut.

“Ya, saya kentut pertama ketika bersama Maxime selepas beberapa bulan berpacaran (bercinta).

“Sebenarnya saya memang banyak gas dalam badan. Sampai akhirnya, sudahlah, kentut sahaja.

“Jadi saya sudah tak peduli. Cepat atau lambat nanti dia tahu juga,” katanya ketika diundang sebagai tetamu saluran YouTube Marella Mulwanto and Yumi Kwandy.

Suaminya yang berada disisinya hanya tertawa mendengar pengakuan pelakon filem Suzzanna: Bernapas dalam Kubur itu yang turut meniru bunyi kentutnya sendiri.

Aktor berusia 32 tahun itu berkata asalnya dia terkejut dan tertanya-tanya sama ada bunyi yang didengar adalah angin ‘dilepaskan’ wanita terbabit.

Begitupun, dia tidak memberikan sebarang reaksi sebaliknya hanya membiarkan situasi terbabit hilang begitu sahaja.

“Saya rasa perkara itu berlaku pada bulan pertama kami bercinta. Saya seperti, “Adakah seorang Luna Maya baru sahaja kentut di sebelah saya?

“Saya pun tak tahu dia mempunyai banyak gas di dalam tubuhnya. Entah kenapa,” ulasnya sambil tertawa.

Menerusi sesi berkenaan, pelbagai topik lain turut dikongsikan termasuk perasaan aktor terbabit ketika awal percintaan mereka kerana tidak percaya dapat memiliki hati aktres terbabit.

Itu juga yang membuat Maxime merasakan perubahan dalam dirinya saat melamar Luna Maya yang dikenalinya sejak umur belasan tahun.

“Memang canggung sedikit kerana pada awalnya kamu cuma kawan biasa yang juga tiba-tiba macam, ‘Wow, kenapa aku pacaran sama Luna Maya’.

“Ketika itu pun saya masih cuba untuk membiasakan diri. Lalu suatu hari saya terus melamarnya.

“Bercerita hal lalu sahaja saya sudah rasa sangat aneh. Bagai mimpi. Dulu saya panggil Luna Maya kakak, sekarang sayang,” ujarnya yang kelihatan tersipu-sipu malu.

Katanya, mereka juga saling mengenal disebabkan berada dalam lingkungan kelompok yang sama dan tinggal di Bali membuatkan hubungan itu sudah sedia mesra terjalin.

Pasangan yang bercinta sejak tahun 2022 bernikah di COMO Shambhala Estate di Ubud, Bali pada 7 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI