fbpx

Selangor buru bintang warisan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATTYNAMA (kanan) menjadi buruan Selangor apabila kontraknya bersama Eupen tamat hujung musim ini. - AFP

TONGGAK warisan Indonesia, Shayne Pattynama berada dalam radar Selangor FC musim depan selepas kontrak pemain berdarah kacukan Belanda itu bersama kelab Liga Belgium, Eupen berakhir musim ini.

Pattynama yang beraksi di posisi bek kiri dianggap calon terbaik untuk membantu benteng skuad Gergasi Merah dalam usaha mencabar saingan Liga Malaysia (Liga M) nanti.

Ramai menanggap antara kelemahan utama pasukan kendalian Katsuhito Kinoshi itu pada musim ini adalah di posisi pertahanan kiri yang sering menjadi ‘lubuk’ buat jentera serangan lawan.

Peluang mendapatkan khidmat Pattynama yang berusia 27 tahun itu secara percuma adalah sesuatu yang sukar dilepaskan oleh pengurusan skuad Merah Kuning sekiranya mahu ‘menawan’ semula hati penyokong musim depan.

Namun, Selangor dijangka berdepan tentangan daripada dua gergasi Thailand, BG Pathum United dan Buriram United yang turut berminat mendapatkan Pattynama bagi mengisi kuota ASEAN.

Kuota ASEAN buat Selangor musim depan masih kosong selepas kontrak kapten yang juga pemain berpengalaman dari Singapura, Safuwan Baharudin berakhir bulan lalu.

Selain Pattynama, seorang lagi pemain pertahanan Singapura, Irfan Fandi turut dikaitkan dengan perpindahan ke skuad gergasi Lembah Klang itu selepas kontrak bersama kelab Thailand, Port FC berakhir.

Khidmat Irfan yang merupakan anak jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad turut diburu kelab meningkat naik Liga Super, Kuching City FC musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI