fbpx

Penurunan tarif AS, China bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja mengangkut gulungan kain selepas memunggahnya di sebuah gudang di taman industri tekstil di Shaoxing, China pada 9 Mei lalu. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan China menarik balik tarif ke atas barangan import masing-masing selama 90 hari bermula hari ini, selepas ‘gencatan senjata sementara’ dalam perang perdagangan yang menjejaskan pasaran global serta rantaian bekalan antarabangsa.

Washington dan Beijing pada hujung minggu lalu telah bersetuju untuk menurunkan tarif secara drastik dalam perjanjian hasil daripada perbincangan di Geneva, Switzerland.

Presiden AS, Donald Trump berkata, Washington kini mempunyai pelan tindakan untuk perjanjian perdagangan ‘sangat, sangat kuat’ dengan China yang akan menyaksikan ekonomi Beijing terbuka kepada perniagaan AS.

“Kami mempunyai batasan perjanjian yang sangat, sangat kuat dengan China. Namun, bahagian paling menarik dalam perjanjian itu adalah pembukaan China kepada perniagaan AS,” katanya kepada stesen penyiaram Fox News semasa menaiki pesawat Air Force One semalam.

Trump telah mencetuskan kejutan kepada perdagangan antarabangsa dengan tarif meluasnya merentasi ekonomi, dengan China yang paling teruk terjejas.

Enggan menyerah, Beijing bertindak balas dengan levi yang menyebabkan tarif ke atas kedua-dua pihak menjadi lebih 100 peratus.

Selepas berbilion-bilion ekuiti dihapuskan dan dengan perniagaan yang terjejas, rundingan akhirnya dijalankan pada hujung minggu lalu untuk mencari jalan keluar daripada kebuntuan.

Di bawah perjanjian itu, Washington bersetuju menurunkan tarif ke atas barangan China kepada 30 peratus daripada 145 peratus, manakala tarif Beijing ke atas barangan import dari AS akan diturunkan kepada 10 peratus daripada 125 peratus.

Pengurangan itu akan berkuat kuasa selepas tengah malam (waktu AS) hari ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI