fbpx

Penganggur didakwa tikam abang guna tulang ekor pari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mohd. Izwan (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan menikam abangnya menggunakan tulang ekor pari di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam rusuk abangnya dengan tulang ekor pari di sebuah rumah di Bachok dekat sini dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Izwan Sukarnor, 36, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Tertuduh didakwa menikam Mohd. Fakhran, 40, menggunakan tulang ekor pari kira-kira pukul 9.30 pagi pada 1 Mei lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sebutan semujla kes ditetapkan pada 16 Jun ini.

Difahamkan, berlaku pertikaman lidah antara tertuduh dan abangnya menyebabkan lelaki itu berang sebelum menikam rusuk mangsa dengan tulang ekor pari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI