fbpx

Penerbangan ditangguh, pesawat terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis mencari bom di dalam pesawat Ryanair. - Foto Tangkap Layar/Daily Mail

BRUSSELS – Anggota-anggota polis menyerbu sebuah pesawat Ryanair selepas menerima ancaman bom di Lapangan Terbang Charleroi, Belgium, semalam, lapor portal berita MailOnline.

Ancaman itu memaksa lapangan terbang kedua terbesar Belgium tersebut menangguhkan beberapa penerbangan.

Rakaman video menunjukkan sepasukan polis menyerbu masuk ke dalam pesawat berkenaan ketika penumpang berada dalam keadaan panik. 

Ketika polis berada di dalam pesawat, penumpang-penumpang yang bimbang berdiri di tempat duduk mereka, manakala yang lain merakamkan kejadian tersebut.

Pendakwa raya Belgium kemudian mengesahkan bahawa mereka dimaklumkan oleh Interpol bahawa laporan bom itu sebenarnya palsu.

Jurucakap Ryanair berkata: “Ryanair telah dimaklumkan tentang ancaman keselamatan pada penerbangan FR6313 dari Faro ke Charleroi, Brussels. 

“Penumpang-penumpang telah diturunkan dan pesawat sedang disediakan untuk kembali meneruskan perkhidmatan. Kami memohon maaf kepada mana-mana penumpang yang terjejas.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI